Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

Saturday, August 25, 2007

Rumahku dilanda Banjir Kilat


Kejadian ini berlaku pada 16hb. April 2007 yang lalu, bila mana hujan lebat yang luarbiasa berlaku pada petang tersebut. Sekitar jam 3:15 petang ketika aku sedang rehat di tempat kerja, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada isteriku.

"Bang..bang..., balik segera...rumah kita kena banjir", beritahu isteriku.
"Teruk..ke..", balas aku lagi.
"Ha..ah...air dah masuk ke dalam rumah..., tak boleh sekat dah...", kata isteriku dengan nada yang gementar.
"Naikkan semua barang-barang yang penting, nanti abang balik", balas aku sambil bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Setelah kebenaran untuk pulang awal daripada boss, aku bergegas pulang. Dalam perjalanan pulang, bermacam-macam perkara bermain difikiran aku. Aku harap tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku terhadap isteriku dan rumah tersebut. Anak-anak aku bersekolah pada ketika itu.

Setibanya aku di rumah, banjir telahpun surut, tapi aku lihat banyak kesan lumpur melitupi lantai rumah aku. Kak Ana dan 2 orang anak-anaknya sedang membantu isteriku membersihkan lantai rumah.
"Aduh....letih..letih", keluh aku.
Isteri aku menceritakan, pada masa air banjir tersebut datang, macam tsunami, ia menolak apa sahaja yang menyekat laluannya termasuk pasu bunga yang berat..sehingga ke jarak lebih 50 kaki jauhnya..

Banyak juga barangan aku yang rosak termasuk tikar getah yang kena ganti pada keseluruhannya. Abang aku yang tinggal di Lestari Puchong menghulurkan sumbangan duit untuk aku beli tikar getah yang baru.
Esoknya aku cuti untuk membersihkan kekotoran lumpur banjir tersebut. Letih...memang tak boleh nak cakap...
2, 3 hari lepas tu aku belikan Kak Ana dan anak2nya KFC. Yealah...kesian diaorang tolong aku cuci rumah aku sampai bersih..Anaknya pulak aku beri sedikit duit sebagai menghargai penatnya itu.

Banjir yang berlaku ini adalah kesan daripada sistem peparit yang tersumbat dan projek perumahan berhampiran yang menyebabkan berlakunya banjir lumpur.
Aku tulis surat aduan kepada ketua kampong menyatakan kekesalan aku terhadap apa yang aku alami ini. Sampai sekarang, tak dapat apa-apa pampasan daripada pihak yang berwajib.

Yang peliknya, masa kena tempias banjir pada suatu ketika dahulu, aku dapat pampasan, tapi kali ni...masing-masing dok senyap je...tahlah...tak de peruntukan kot?



No comments: