Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

Tuesday, August 14, 2007

Kejadian Pecah Masuk Rumah


Pada 13hb. Ogos 2007 kira-kira jam 3.40 pagi rumah aku hampir-hampir sahaja di masuki oleh pencuri. Entah macam mana, pagi pagi Isnin itu, aku memang tak boleh melelapkan mata sampai ke awal pagi.
Jam di decoder astro aku menunjukkan ke angka 3:32 pagi ketika aku selesai menghabiskan hembusan asap rokok di ruang tamu rumah aku ini. Setelah selesai merokok, aku lantas ke bilik tidur dan membaringkan badan. Aku lihat isteri aku sedang lena tidur.


Selang beberapa minit, aku terdengar dengan jelas bunyi cermin tingkap sedang di buka. Aku mengejutkan isteri aku yang sedang tidur.

"Sal, ada orang nak masuk rumah", bisik aku perlahan ke telinga isteri aku yang ketika itu dah terjaga.
Lantas aku bangun yang ketika itu berkain pelikat dan mencapai sebatang kayu yang memang aku sediakan di tepi katil. Setelah isteri aku bangun, perlahan-lahan aku menghendap ke arah ruang tamu. Aku lihat "clear".

Lantas aku menuju ke arah bilik stor di bahagian belakang dapur rumah. Perlahan-lahan mata aku meliar memerhatikan keadaan tingkap rumah.

"Alamak...", keluh aku bila aku lihat tingkap bilik stor aku dah terlopong.
Tanpa berlengah lagi aku dengan sepantas kilat menghayunkan batang kayu yang aku pegang ke arah tingkap yang terlopong.

"Prangggg", bunyi tingkap pecah akibat hentaman yang kuat dari kayu yang aku hayun itu. Sambil menjerit dan mengherdik pencuri itu, aku melilau mencari-cari kalau-kalau pencuri itu telah berada di dalam rumah aku. Aku terus tuju ke arah bilik anak aku. Aku lihat anak-anak aku telah terjaga. Aku cari di bawah katil, dalam bilik air, bawah meja, belakang TV dan mana-mana juga tempat yang aku kira ada kemungkinan untuk pencuri tersebut bersembunyi.

Aku suruh isteri aku telefon jiran di hadapan rumah aku, Albar namanya.

Syukur, pencuri tersebut tidak sempat lagi memasuki rumah aku.
Bila Albar (dan abang iparnya) sampai di depan pintu rumah aku, akupun keluar di sekeliling rumah mencari-cari kalau-kalau pencuri tersebut masih bersembunyi.

"Tak ada", kata Albar.
"Tak pelah..., dia dah lari lah tu", balas aku.

Pagi tu aku tak tidur. Takut juga kalau-kalau Pencuri tu datang lagi sebab keadaan tingkap tersebut masih lagi terlopong.
Aku tak taulah...kalau Pencuri tu dah sempat masuk ke dalam rumah....macam-macam boleh jadi...

Aku tengok, 3 batang besi penghadang tingkap berjaya dibengkokkan oleh si Pencuri tersebut. Menurut kata jiran lain, dia menggunakan "jek kereta" untuk membengkokkan besi tersebut. Hari yang sama, jiran di belakang rumah aku (Anuar) juga dimasukkan Pencuri yang sama. Beliau kehilangan RM 200 dan sebuah telefon bimbit.

Balik je dari kerja petang tu sekitar jam 6:00 petang, aku terus pasang "Grill" tingkap yang aku dapati di belakang rumah. Aku pasang di bilik stor dan bilik anak-anak aku.

Geram memang ada, sebab Pencuri tu berani masuk rumah aku, sedangkan aku rasa dia perasan yang aku belum tidur lagi sekitar jam 3:30 pagi tu.
Walau macam manapun, aku besyukur kerana tiada kejadian yang buruk berlaku.

Aku tengah berkira-kira untuk pasang grill tambahan pada tingkap sekurang-kurangnya pada 2 bahagian di dapur.

Keadaan cermin tingkap rumah aku yang berjaya dibuka oleh si Pencuri. 3 keping cermin dan 2 batang besi penghadang berjaya dibengkokkan.
Cermin yang lagi sekeping tu...aku yang hentam dengan kayu.



Pandangan dari dalam rumah keadaan tingkap yang dah terlopong.



Nie gambar yang aku ambil dari luar rumah sekitar jam 6.45 pagi.



3 keping cermin tingkap yang berjaya dibuka oleh si Pencuri. Dia aturkan di atas rumput supaya tidak berlaga satu sama lain. Pandai dia...



Grill yang aku pasang di bilik tidur anak-anak aku. Nak tau ...itu adalah besi katil lama. Aku tebuk lubang dan skru pada "jenang" tingkap dari dalam rumah.



Nie grill yang aku pasang di bilik stor di bahagian belakang. Aku kira ada 33 batang skru yang aku lekatkan pada "jenang" tingkap.
Kalau nak masuk jugak, Pencuri tu kenalah bekerja keras untuk "umpil" besi tersebut.





No comments: