Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

Monday, August 27, 2007

Speed Trap 0h Speed Trap


Hari Ahad 26hb. Ogos 2007 yang lalu aku ke Bentong, Pahang menghantar anak perempuan aku pulang ke asrama SMK Seri Bentong, Pahang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang satu setengah jam melalui Lebuhraya Karak.

Sekarang aku cukup berhati-hati memandu agar tidak melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 90 KM/J kerana baru bulan April 2007 yang lalu aku kehilangan RM200 kerana Speed Trap. Terasa jugak, sebab kelajuan aku masa tu adalah 108 KM/J (sepertimana yang tertulis di dalam surat saman tersebut). Ketika itu aku dalam perjalanan pulang mengambil anak aku dari asrama (Hari Jumaat pulak tu) menghala ke KL sebelum sampai ke TOL Bentong. Biasa la tu...bila menuruni bukit, jalan lurus pulak tu, mana ada orang nak tekan brek...biar lajak je...

Biasanya aku memang dah tau, kat situ selalu ada Speed Trap. Tapi tah macam mana, aku terlupa yang meter kelajuan kereta aku dah melebihi 90 KM/J. Aku memang nampak anggota Polis dengan kameranya di tepi penghadang jalan tersebut, tapi tah macam mana, kaki aku tak tergerak langsung untuk tekan brek...
Kemudian sebulan lepas tu aku terima surat berdaftar. Saman la tu...Nak buat macam mana...Kat situ tertulis saman RM300. Aduhhhh...berat weh...
Masa balik kampong isteri aku di Raub, aku singgah di Balai Polis Trafik Bentong untuk jelaskan saman.

"Boleh buat rayuan ke", tanya aku.
"Mintak surat saman tu", balas anggota Polis tersebut.
Diapun check melalui komputernya.

"RM200, Encik" kata anggota polis tersebut.
"Tak boleh kurang lagi ke?", rayu aku lagi.
"Ini yang paling rendah", katanya.
"Tak pa..lah, nak buat camna" kata aku sambil menghulurkan RM200 kepada anggota polis tersebut.

"Boleh tolong check, ada apa-apa saman lain", ujar aku lagi.
"Ada satu lagi, saman parking, di Jalan Travers, KL", kata anggota polis tersebut.
Terkejut jugak aku, puas aku fikir, bila masa pulak aku ada pergi ke Jalan Travers tu..."silap plat kereta kot", bisik aku sendirian.

Kemudian baru aku teringat yang Jalan Traver tu sama jugak dengan Jalan Bangsar. Betul la tu....aku ada terima saman yang dilekatkan pada cermin kereta kerana parking di tepi bahu jalan.

"Berapa kena pulak tu", tanya aku.
"RM30, Encik", balas anggota polis tersebut.
"Tak pa lah..saya bayar", kataku selepas aku memikirkan bila lagi nak pergi ke balai polis untuk bayar saman.
Hari tu je...aku kehilangan RM230 kerana kedua-dua saman tersebut.

Sambung semula cerita Speed Trap pada 26hb. Ogos tadi.
Dalam perjalanan pulang ke KL semula, aku cukup berhati-hati. Kelajuan kereta, aku pastikan tak melebihi 100 KM/J. Apa taknya, anak-anak aku bila tengok meter melebihi 100 KM/J, pasti akan sound aku...
"Ayah, dah lebih tu, turun lagi", kata anak lelaki aku.

Setiba di laluan menurun bukit (dekat Kampong Orang Asli), tak semena-mena aku terlihat seorang anggota polis sedang khusyuk dengan kameranya di tepi penghadang jalan.
"Alamak, Speed Trap", keluh aku sambil memerhatikan isteri aku yang turut sama tak perasan kehadiran anggota polis tersebut.

Apa lagi, aku cepat-cepat tekan brek..tak tau le sempat ke tidak kerana ketika itu meter kelajuan kereta aku pada angka 100 KM/J. Masa tu kereta aku berada di lorong kiri sekali. Tapi di lorong paling kanan, banyak kereta yang dipandu dengan laju, rasanya lebih 110 KM/J. Aku pasti mesti diaorang kena punya....

Aku harap, anggota polis tu tak ambil gambar kereta aku sebab kelajuan aku sekadar 100 KM/J je.... Risau jugak..Tak pasal-pasal melayang lagi duit aku nak bayar saman tersebut. Tengoklah...dalam masa sebulan nie, kalau ada surat berdaftar, maknanya hilanglah lagi duit aku.

Tula...punya le berhati-hati, tapi dah nak kena nak buat camna.
Patutnya diaorang buat le speed trap kat jalan lurus ke, kat corner ke, tapi ni, kat jalan menuruni bukit, lurus pulak tu...mana nak tengok meter, lebih ke tidak.
Kena tawakkal je lah...


Saturday, August 25, 2007

Rumahku dilanda Banjir Kilat


Kejadian ini berlaku pada 16hb. April 2007 yang lalu, bila mana hujan lebat yang luarbiasa berlaku pada petang tersebut. Sekitar jam 3:15 petang ketika aku sedang rehat di tempat kerja, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada isteriku.

"Bang..bang..., balik segera...rumah kita kena banjir", beritahu isteriku.
"Teruk..ke..", balas aku lagi.
"Ha..ah...air dah masuk ke dalam rumah..., tak boleh sekat dah...", kata isteriku dengan nada yang gementar.
"Naikkan semua barang-barang yang penting, nanti abang balik", balas aku sambil bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Setelah kebenaran untuk pulang awal daripada boss, aku bergegas pulang. Dalam perjalanan pulang, bermacam-macam perkara bermain difikiran aku. Aku harap tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku terhadap isteriku dan rumah tersebut. Anak-anak aku bersekolah pada ketika itu.

Setibanya aku di rumah, banjir telahpun surut, tapi aku lihat banyak kesan lumpur melitupi lantai rumah aku. Kak Ana dan 2 orang anak-anaknya sedang membantu isteriku membersihkan lantai rumah.
"Aduh....letih..letih", keluh aku.
Isteri aku menceritakan, pada masa air banjir tersebut datang, macam tsunami, ia menolak apa sahaja yang menyekat laluannya termasuk pasu bunga yang berat..sehingga ke jarak lebih 50 kaki jauhnya..

Banyak juga barangan aku yang rosak termasuk tikar getah yang kena ganti pada keseluruhannya. Abang aku yang tinggal di Lestari Puchong menghulurkan sumbangan duit untuk aku beli tikar getah yang baru.
Esoknya aku cuti untuk membersihkan kekotoran lumpur banjir tersebut. Letih...memang tak boleh nak cakap...
2, 3 hari lepas tu aku belikan Kak Ana dan anak2nya KFC. Yealah...kesian diaorang tolong aku cuci rumah aku sampai bersih..Anaknya pulak aku beri sedikit duit sebagai menghargai penatnya itu.

Banjir yang berlaku ini adalah kesan daripada sistem peparit yang tersumbat dan projek perumahan berhampiran yang menyebabkan berlakunya banjir lumpur.
Aku tulis surat aduan kepada ketua kampong menyatakan kekesalan aku terhadap apa yang aku alami ini. Sampai sekarang, tak dapat apa-apa pampasan daripada pihak yang berwajib.

Yang peliknya, masa kena tempias banjir pada suatu ketika dahulu, aku dapat pampasan, tapi kali ni...masing-masing dok senyap je...tahlah...tak de peruntukan kot?




Tuesday, August 14, 2007

Kejadian Pecah Masuk Rumah


Pada 13hb. Ogos 2007 kira-kira jam 3.40 pagi rumah aku hampir-hampir sahaja di masuki oleh pencuri. Entah macam mana, pagi pagi Isnin itu, aku memang tak boleh melelapkan mata sampai ke awal pagi.
Jam di decoder astro aku menunjukkan ke angka 3:32 pagi ketika aku selesai menghabiskan hembusan asap rokok di ruang tamu rumah aku ini. Setelah selesai merokok, aku lantas ke bilik tidur dan membaringkan badan. Aku lihat isteri aku sedang lena tidur.


Selang beberapa minit, aku terdengar dengan jelas bunyi cermin tingkap sedang di buka. Aku mengejutkan isteri aku yang sedang tidur.

"Sal, ada orang nak masuk rumah", bisik aku perlahan ke telinga isteri aku yang ketika itu dah terjaga.
Lantas aku bangun yang ketika itu berkain pelikat dan mencapai sebatang kayu yang memang aku sediakan di tepi katil. Setelah isteri aku bangun, perlahan-lahan aku menghendap ke arah ruang tamu. Aku lihat "clear".

Lantas aku menuju ke arah bilik stor di bahagian belakang dapur rumah. Perlahan-lahan mata aku meliar memerhatikan keadaan tingkap rumah.

"Alamak...", keluh aku bila aku lihat tingkap bilik stor aku dah terlopong.
Tanpa berlengah lagi aku dengan sepantas kilat menghayunkan batang kayu yang aku pegang ke arah tingkap yang terlopong.

"Prangggg", bunyi tingkap pecah akibat hentaman yang kuat dari kayu yang aku hayun itu. Sambil menjerit dan mengherdik pencuri itu, aku melilau mencari-cari kalau-kalau pencuri itu telah berada di dalam rumah aku. Aku terus tuju ke arah bilik anak aku. Aku lihat anak-anak aku telah terjaga. Aku cari di bawah katil, dalam bilik air, bawah meja, belakang TV dan mana-mana juga tempat yang aku kira ada kemungkinan untuk pencuri tersebut bersembunyi.

Aku suruh isteri aku telefon jiran di hadapan rumah aku, Albar namanya.

Syukur, pencuri tersebut tidak sempat lagi memasuki rumah aku.
Bila Albar (dan abang iparnya) sampai di depan pintu rumah aku, akupun keluar di sekeliling rumah mencari-cari kalau-kalau pencuri tersebut masih bersembunyi.

"Tak ada", kata Albar.
"Tak pelah..., dia dah lari lah tu", balas aku.

Pagi tu aku tak tidur. Takut juga kalau-kalau Pencuri tu datang lagi sebab keadaan tingkap tersebut masih lagi terlopong.
Aku tak taulah...kalau Pencuri tu dah sempat masuk ke dalam rumah....macam-macam boleh jadi...

Aku tengok, 3 batang besi penghadang tingkap berjaya dibengkokkan oleh si Pencuri tersebut. Menurut kata jiran lain, dia menggunakan "jek kereta" untuk membengkokkan besi tersebut. Hari yang sama, jiran di belakang rumah aku (Anuar) juga dimasukkan Pencuri yang sama. Beliau kehilangan RM 200 dan sebuah telefon bimbit.

Balik je dari kerja petang tu sekitar jam 6:00 petang, aku terus pasang "Grill" tingkap yang aku dapati di belakang rumah. Aku pasang di bilik stor dan bilik anak-anak aku.

Geram memang ada, sebab Pencuri tu berani masuk rumah aku, sedangkan aku rasa dia perasan yang aku belum tidur lagi sekitar jam 3:30 pagi tu.
Walau macam manapun, aku besyukur kerana tiada kejadian yang buruk berlaku.

Aku tengah berkira-kira untuk pasang grill tambahan pada tingkap sekurang-kurangnya pada 2 bahagian di dapur.

Keadaan cermin tingkap rumah aku yang berjaya dibuka oleh si Pencuri. 3 keping cermin dan 2 batang besi penghadang berjaya dibengkokkan.
Cermin yang lagi sekeping tu...aku yang hentam dengan kayu.



Pandangan dari dalam rumah keadaan tingkap yang dah terlopong.



Nie gambar yang aku ambil dari luar rumah sekitar jam 6.45 pagi.



3 keping cermin tingkap yang berjaya dibuka oleh si Pencuri. Dia aturkan di atas rumput supaya tidak berlaga satu sama lain. Pandai dia...



Grill yang aku pasang di bilik tidur anak-anak aku. Nak tau ...itu adalah besi katil lama. Aku tebuk lubang dan skru pada "jenang" tingkap dari dalam rumah.



Nie grill yang aku pasang di bilik stor di bahagian belakang. Aku kira ada 33 batang skru yang aku lekatkan pada "jenang" tingkap.
Kalau nak masuk jugak, Pencuri tu kenalah bekerja keras untuk "umpil" besi tersebut.






Monday, August 06, 2007

Pendawaian Elektrik-Shahril-Sujinah


Alhamdulillah, minggu ini akhirnya aku dapat jugak menyiapkan kerja-kerja Pendawaian Elektrik di rumah Kak Sujinah di Puchong. 5 lampu kalimantang dan 6 Power Point. Penat memang tak boleh nak cakap. Biasalah tu, mana ada kerja yang mudah. Tapi hasilnya berbaloi.

Aku dapat menyiapkannya dalam masa 1 hari setengah. Beliau nak aku jugak yang buat pendawaiannya tu. Agaknya beliau puas hati dengan kerja yang aku buat ataupun bayaran yang aku ambil adalah antara yang terendah....

Sebelum tu, aku Jumaat lepas (3hb. Ogos 2007) aku baru aje selesai buat pendawaian untuk sebuah rumah siap dengan DBnya sekali bagi rumah anak Kak Sujinah (Shahril) dengan 8 lampu kalimantang, 12 Power Point, 1 kipas siling. Pun begitu memandangkan banyak kerja yang perlu dilakukan, aku ajak adik aku Mohd Nizam dan kawan aku iaitu Albaki yang tinggal berdekatan dengan rumah aku.

Adik aku tu, sedang belajar di salah sebuah kolej di Melaka dalam jurusan Pendawaian Elektrik. Apabila tamat nanti dia akan dapat sijil Pendawai PW2. Semoga dia akan beroleh kejayaan.

Tapi kesian jugak kat Sharil tu sebab, walaupun aku dah siap kerja-kerja pemasangan tersebut, tapi meter TNB pulak tak dapat lagi. Menurut kata wireman kawan aku, borang yang dia submit di TNB Subang hilang dari simpanan TNB. Kenalah submit semula. Tapi aku jangkakan mungkin dalam seminggu dua ni dahlah kot. Bolehlah aku test sebelum Shahril pindah ke rumah barunya tu.

Wassalam.
Mamat Chokia.